Taman Karang LHDNM merupakan program perletakan 37 unit peranti biodiversiti marin yang melambangkan 37 Cawangan dan Ibu Pejabat di Teluk Pauh, Pulau Perhentian Terengganu. Pembinaan Taman Karang adalah hasil kejayaan penganjuran CSR Marin LHDNM 2013 Pulau Perhentian pada 24-31 Mei 2013.
Kejayaan ini memberi impak kepada seluruh warga LHDNM kerana buat pertama kalinya program ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan khususnya Jabatan Taman Laut Malaysia. Disamping itu, matlamat CSR Marin LHDNM adalah bagi meningkatkan kesedaran dalam menjaga ekosistem hidupan marin & alam sekitar.
Kejayaan ini memberi impak kepada seluruh warga LHDNM kerana buat pertama kalinya program ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan khususnya Jabatan Taman Laut Malaysia. Disamping itu, matlamat CSR Marin LHDNM adalah bagi meningkatkan kesedaran dalam menjaga ekosistem hidupan marin & alam sekitar.
Pada Julai 2012 Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur telah berjaya secara simboliknya membawa Hasil Gemilang ke dasar laut Pulau Perhentian melalui program Meneroka Lautan Biru – Pencarian Penyelam LHDNM 2012. Kejayaan ini telah mendapat pengiktirafan pihak pengurusan LHDNM khususnya dari YBhg Tan Sri Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar CEO LHDNM lantas beliau melontarkan cabaran agar Hasilian terus meneroka kejayaan lebih besar di masa hadapan.
Hasil cabaran tersebut, Kelab telah memilih Teluk Pauh, Pulau Perhentian untuk Program CSR Marin, bukan sahaja antara pulau dan perairan tercantik di Malaysia malah hidupan marinnya. Sehubungan dengan itu kelab perlu bekerjasama dengan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan mengambil bahagian secara aktif dalam apa juga bentuk aktiviti pemuliharaan bagi memastikan kazanah negara itu dikekalkan cantik dan dilawati oleh generasi akan datang. Bagi merelisasikan hasrat tersebut Kelab telah mendapat persetujuan pihak pengurusan LHDNM untuk melaksanakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) marin pada 28-31 Mei 2013. Kelab juga telah mendapat kerjasama penuh Pejabat Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan dan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Taman Laut Malaysia serta penduduk setempat.
Program CSR yang telah dilaksanakan adalah membina sejumlah (37) peranti biodiversiti marin iaitu mewakili (36) Cawangan LHDNM seluruh Malaysia dan (1) mewakili Ibu Pejabat Cyberjaya, diturunkan di Teluk Pauh dikedudukan Latitud : 5O 54.099 N dan Long : 102O 44.242 E berhadapan Coral View Resort di kedalaman 10 meter. Bagi menyokong pelaksanaan program tersebut, skuad (60) penyelam bertauliah telah menjalankan juga akan tugas-tugas pemantauan secara secara berterusan, bagi memastikan pertumbuhan karang berhasil. Tidak secara langsung, Program CSR Marin LHDNM 2013 telah dapat mempromosikan LHDNM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menjaga khazanah marin selaras dengan tag line LHDNM iaitu HASiL Teman Kecerian Anda (HASiL Feel Good Partner). Program ini telah didokumentarikan melalui Rancangan TV1 RTM.
Hasil kejayaan tersebut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah disenaraikan di Malaysia Book of Records First Statory Body To Conduct Corporate Social responsibility (CSR) Programme Through Biodiversity Marine Restoration. Merupakan Malaysia Book Records pertama bagi LHDNM..so
No comments:
Post a Comment