Saturday, 30 November 2013

Taman Karang LHDNM, Pulau Perhentian




MENINGKATKAN SAHSIAH DIRI

Penganjuran pelbagai aktiviti khususnya aktiviti rekreasi laut dapat meningkatkan jatidiri warga kelab dan warga LHDNM keseluruhanya. Dengan kerjasama Institut Perikanan Malaysia (IPM), bertempat di Pulau Perhentian dan pulau-pulau sekitar di perairan Terengganu, hampir 300-350 warga LHDNM telah mengikuti program ini sepanjang tempoh 2009-2012. Melalui program ini, ia dapat membina sahsiah diri peserta malah dapat diaplikasikan dalam tugas harian mereka disamping meningkatkan kesedaran dalam menjaga ekosistem hidupan marin & alam sekitar.

PENGKTIRAFAN

Pada bulan Julai 2012 Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur telah berjaya secara simboliknya membawa Hasil Gemilang ke dasar laut Pulau Perhentian melalui program Meneroka Lautan Biru – Pencarian Penyelam LHDNM 2012. Kejayaan ini telah mendapat pengiktirafan pihak pengurusan LHDNM khususnya dari YBhg Tan Sri Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar CEO LHDNM, lantas beliau melontarkan cabaran agar Hasilian terus meneroka kejayaan lebih besar di masa hadapan.

CSR MARIN 2013

Hasil cabaran tersebut, Kelab telah memilih Teluk Pauh, Pulau Perhentian untuk Program CSR Marin, bukan sahaja antara pulau tercantik di Malaysia malah kepelbagaian hidupan marinnya. Sehubungan dengan itu kelab perlu bekerjasama dengan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), dengan mengambil bahagian secara aktif dalam apa juga bentuk aktiviti pemuliharaan bagi memastikan kazanah negara itu dikekalkan cantik dan dilawati oleh generasi akan datang. Bagi merelisasikan hasrat tersebut Kelab telah mendapat persetujuan pihak pengurusan LHDNM untuk melaksanakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) marin pada 28-31 Mei 2013. Kelab juga telah mendapat kerjasama penuh Pejabat Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan dan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Taman Laut Malaysia serta penduduk setempat.

PERANTI BIODIVERSITI MARIN

Program CSR yang telah dilaksanakan adalah membina sejumlah (37) peranti biodiversiti marin iaitu mewakili (36) Cawangan LHDNM seluruh Malaysia dan (1) mewakili Ibu Pejabat Cyberjaya, diturunkan di Teluk Pauh dikedudukan Latitud : 5O 54.099 N dan Long : 102O 44.242 E berhadapan Coral View Resort di kedalaman 10 meter. Bagi menyokong pelaksanaan program tersebut, skuad (60) penyelam bertauliah telah menjalankan tersebut dan juga tugas-tugas pemantauan secara berterusan, bagi memastikan pertumbuhan karang berhasil. Tidak secara langsung, program CSR Marin LHDNM 2013 telah dapat mempromosikan LHDNM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menjaga khazanah marin selaras dengan tag line LHDNM iaitu HASiL Teman Kecerian Anda (HASiL Your Feel Good Partner). Program ini telah didokumentarikan melalui Rancangan Panorama di TV1 RTM.



THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Hasil kejayaan tersebut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah disenaraikan di Malaysia Book of Records First Statory Body To Conduct Corporate Social responsibility (CSR) Programme Through Biodiversity Marine Restoration. Merupakan Malaysia Book Records pertama bagi LHDNM..so 


1 comment:

  1. as salam

    Adakah kemungkinan Pihak LHDNM berminat utk memulakan aktiviti coral conservation melalui Coral Propagation Program. satu-satunya program konservasi coral yang berasaska natural substance sebagai resource utama? tiada tukun tiruan, semua dari alam.

    Dan ianya boleh disertai oleh non divers juga :)

    Utk info, boleh layari www.oceanquest.my dan www.projek57.com.my

    terima kasih

    Mas

    ReplyDelete